Peruntukan RM28.5 juta baik pulih rumah daif di bandar

Raja Kamarul Bahrin
Raja Kamarul Bahrin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM28.5 juta bagi program bantuan membaik pulih rumah daif di bandar bagi 2020, berbanding RM15 juta bagi tujuan sama pada tahun ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, program berkenaan selaras dengan komitmen kerajaan menerusi Teras 1 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 iaitu membasmi kemiskinan.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan pada persidangan Dewan Negara bagi menjawab soalan Senator Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin yang ingin tahu strategi kementerian itu mengatasi masalah penduduk golongan B40 di kawasan bandar yang tinggal di rumah usang dan perancangan kerajaan menambah jumlah peruntukan bagi program itu.

Menjawab soalan tambahan Senator Muhamad Mustafa mengenai cara permohonan bagi program itu, Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, ia boleh dibuat melalui platform atas talian, ‘eKasih’. - Bernama

Artikel Berkaitan: