Melaka pulih daripada gangguan bekalan air

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - Kesemua 44 kawasan di tiga daerah di negeri ini yang terjejas bekalan air ekoran masalah kekurangan air mentah di hulu Sungai Melaka, pulih sepenuhnya hari ini.

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya memaklumkan ia berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan tekanan air di sistem agihan, bekalan air di semua kawasan.

“SAMB mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya pengguna di atas kerjasama sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut syarikat pengurusan air negeri itu, sekiranya ada kawasan pengguna yang masih belum menerima bekalan air, mereka boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SAMB yang beroperasi 24 jam di talian 15800.

Semalam, Ketua Menteri Adly Zahari dilaporkan berkata, kerajaan Melaka mengarahkan SAMB menyelesaikan segera masalah gangguan bekalan air di negeri ini dalam tempoh seminggu.

Khamis lepas, SAMB memaklumkan tiga daerah di negeri ini mengalami gangguan bekalan air berikutan purata hujan yang rendah di hulu Sungai Melaka sehingga mengakibatkan paras air di kolam tadahan serta Sungai Melaka berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. - Bernama

Artikel Berkaitan: