Kedutaan Malaysia di Turki lancar kempen pelancongan

Kedutaan Malaysia di Turki ikrar berusaha sedaya upaya mempromosi kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 melalui acara sepanjang tahun. - Foto 123RF
Kedutaan Malaysia di Turki ikrar berusaha sedaya upaya mempromosi kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 melalui acara sepanjang tahun. - Foto 123RF
A
A
A

ANKARA - Kedutaan Malaysia semalam menganjurkan acara untuk mempromosi pelancongan, perdagangan dan perniagaan negara bagi tahun 2020, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Bercakap pada acara Essence of Malaysia, Kuasa Usaha Arhan Syafrisyah Shah Anuar menonjolkan tiga perkara untuk dipromosikan Malaysia pada tahun akan datang.

Beliau berkata, kedutaan akan berusaha sedaya upaya untuk mempromosi kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 melalui acara sepanjang tahun.

Anuar menyeru agar pelabur dan ahli perniagaan Turki menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 Mac 2020 di Kuala Lumpur.

Beliau juga menekankan bahawa peningkatan perdagangan dua hala antara Ankara dan Kuala Lumpur adalah berkat pemeteraian dan pelaksanaan perjanjian perdagangan bebas pada Ogos 2015.

“Sebagai pemain utama dalam Industri Halal, MIHAS menawarkan pelbagai platform dan peluang seperti program penyumberan antarabangsa selain program tambah nilai yang termasuk sesi rangkaian sarapan dan zon industri,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: