Mangsa banjir di Kota Tinggi meningkat

PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi menempatkan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 562 mangsa.
PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi menempatkan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 562 mangsa.
A
A
A

KOTA TINGGI - Jumlah mangsa banjir di daerah ini semakin bertambah dengan 711 mangsa daripada 180 keluarga ditempatkan di lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi berkata, sebuah lagi PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai pada jam 9.45 malam tadi berbanding hanya empat PPS yang dibuka semalam dan kelmarin.

Menurutnya, PPS SK Mawai itu menempatkan 20 mangsa daripada tujuh keluarga melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Mawai Lama, Kampung Mawai Baru dan Kampung Haji Moh Jambi.

Sementara PPS yang dibuka sejak semalam ialah PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi, PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan PPS Dewan Seri Teratai Batu 4.

Mangsa banjir dibawa menaiki lori untuk berpindah ke PPS.
Mangsa banjir dibawa menaiki lori untuk berpindah ke PPS.

PPS SK Teluk Ramunia yang dibuka sejak kelmarin menempatkan seramai 46 mangsa daripada 13 keluarga melibatkan Kampung Baharu, Kampung Changi dan Kampung Jumis Bukit Raja.

PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 562 mangsa daripada 133 keluarga melibatkan Kampung Jawa, Taman Aman dan dan Taman Mawai.

Di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota, 67 mangsa daripada 13 keluarga masyarakat Rohingya ditempatkan di sini.

Artikel Berkaitan:

Sementara PPS Dewan Seri Teratai pula menempatkan 52 mangsa melibatkan14 keluarga dari Kampung Sepak Hilir dan Kampung Sepak Hulu.