Lelaki warga Indonesia ditahan, dibunuh rakan senegara

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai suspek utama kes bunuh rakan senegara dalam kejadian di kebun kelapa sawit di Kampung Abit, Serian, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, bertindak atas maklumat awam, suspek berusia 42 tahun itu ditahan di Pasar Balai Ringin pada jam 11.45 pagi tadi.

Menurutnya, suspek berasal dari kepulauan Lombok, Indonesia, itu juga tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil soal siasat awal, suspek membawa polis ke lokasi kejadian dan menunjukkan senjata yang digunakan untuk membunuh rakan senegaranya itu,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan penduduk kampung menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah di kebun kelapa sawit. - Bernama

Artikel Berkaitan: