X

Kindly register in order to view this article
!

59,689 pemandu teksi, e-hailing daftar Perkeso sejak Oktober

Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 59,689 pemandu teksi dan e-hailing berdaftar di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak bulan Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan bagi menarik perhatian orang ramai terutama pemandu teksi dan e-hailing untuk mendaftar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

“Kita cuba untuk memperkenalkan skim ini bagi menggambarkan risiko boleh berlaku terhadap pekerjaan seperti pemandu e-hailing atau teksi dan ganjaran diberikan Perkeso supaya mereka nampak tentang apa yang boleh dimanfaat di bawah skim ini jika berlaku sesuatu tidak diingini.

“Kita juga bekerjasama dengan sebuah stesen radio khas yang membuat liputan berkaitan e-hailing yang dinamakan ‘E-hailing FM’ yang membantu menyebarluaskan tentang manfaat skim ini, (contohnya) mereka membuat liputan tentang seorang pemandu Grab meninggal dunia akibat kemalangan dan warisnya menerima ganjaran menerusi skim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Buku ‘Guidelines On The Diagnosis Of Occupational Diseases 2nd Edition 2019’ bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed di sini hari ini.

Menurutnya, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang sedang dilaksanakan bagi kategori pemandu teksi, bas persendirian dan e-hailing itu akan diperluaskan juga kepada 18 sektor lain seperti para petani, nelayan, pemilik tunggal dan perkongsian, seperti diumumkan dalam Belanjawan 2020.

“Tidak semua 18 sektor akan dimulakan di bawah skim ini secara serentak kerana ada sektor tertentu perlu diadakan terlebih dahulu dan Perkeso sedang membuat kajian pada setiap sektor bagi melihat sektor mana menjadi keperluan semasa untuk skim itu," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!