Trump cadang pagar sempadan keluli pula

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump masih tidak berganjak dengan permintaannya untuk membina tembok di sempadan AS-Mexico walaupun cadangan kontroversi itu telah menyebabkan penutupan separa pentadbiran Rumah Putih pada bulan lalu.

Kali ini, jutawan hartanah itu mencadangkan penggunaan keluli berbanding konkrit untuk pembinaan tembok pemisah tersebut selepas Demokrat enggan meluluskan dana pembiayaannya.

Kenyataan itu dibuat Trump pada permulaan minggu ketiga penutupan separa kerajaan yang memaksa hampir 800,000 kakitangan persekutuan bekerja tanpa gaji atau mengambil cuti tanpa gaji.

"Ini adalah pertempuran yang penting untuk kita menang dari sudut keselamatan dan menentukan negara dan siapa kita. Tembok itu boleh dibina dengan menggunakan keluli berbanding konkrit. Jika itu membantu, ia mungkin lebih baik," kata Trump.

Jelas presiden itu, satu mesyuarat tentang butiran keselamatan keselamatan turut diadakan dan mendakwa perbincangan itu sangat 'produktif'.

Sementara itu, Speaker Senat, Nancy Pelosi menyifatkan dinding sempadan itu sebagai tidak bermoral dan beliau turut berasa Trump cuba untuk memansuhkan Kongres selepas dana berjumlah AS$5 bilion (RM21 bilion) diminta pemimpin tersebut terus ditolak mereka.

"Presiden bukan hanya mahu tutup kerajaan, membina tembok malah mansuhkan Kongres. Jadi, hanya beliau yang boleh bersuara," katanya menerusi wawancara bersama CBS Sunday Morning.

Sebelum ini, Trump berkata, beliau sanggup membiarkan kerajaan ditutup selama setahun melainkan Demokrat bersetuju untuk membiayai tembok sempadan tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: