Cimpanzi pandai basuh pakaian

Video memaparkan aksi cimpanzi itu membasuh pakaian tular di media sosial China.
Video memaparkan aksi cimpanzi itu membasuh pakaian tular di media sosial China.
A
A
A

CHONGQING - Seekor cimpanzi di sebuah zoo di China dirakam membasuh pakaian seperti yang dilakukan penjaganya dan aksi haiwan tersebut menarik perhatian netizen.

Cimpanzi berusia 18 tahun yang diberi nama Yuhui itu tinggal di Taman Tema Lehe Ledu di Chongqing, ia dirakam menghabiskan kira-kira 30 minit membasuh baju T-shirt penjaganya dengan menggunakan sebuku sabun dan berus.

Video memaparkan aksi haiwan pintar berkenaan segera menjadi tular di media sosial China.

Menurut laporan media China, Yuhui dikatakan asyik memerhati penjaganya membasuh pakaian apabila dia mengambil keputusan untuk memberikan baju T-shirt, sabun dan berus kepada haiwan itu.

Penjaganya mahu melihat sama ada Yuhui telah mempelajari cara membasuh baju menerusi pemerhatian.

Ternyata cimpanzi bijak itu mampu melakukannya dengan baik. - Agensi

Artikel Berkaitan: