X

Kindly register in order to view this article
!

'Nyanyi Negaraku selain bahasa kebangsaan tindakan provokasi'

Syed Ibrahim (tiga dari kanan) menerima cenderahati dari Yayasan Pahang.
A
A

KUANTAN - Tindakan menyanyikan lagu Negaraku dalam pelbagai bahasa selain bahasa kebangsaan adalah tidak wajar dan dilihat bersifat provokasi.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, sekiranya perkara itu berlaku di Pahang, kerajaan negeri akan menggesa pihak polis mengambil tindakan segera.

"Benda (tukar bahasa lain) tu tak perlu. Semua ini nak provokasi. Saya punya pandangan, kita kena menjaga (bahasa rasmi).

"Kita dah ada bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu yang digunapakai dari dulu dan kini, kenapa sekarang nak ubah?," katanya ketika ditemui media selepas Program Moh Khatan Weh di Hospital Pakar KPJ Pahang, Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Menurutnya, beliau yakin perkara seumpama itu tidak akan berlaku di negeri ini kerana jati diri warga Pahang teguh dengan Perlembagaan Malaysia.

Terdahulu tular video berdurasi 1.22 minit kelihatan murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku versi bahasa Mandarin beramai-ramai di dalam kelas didakwa dirakam pada 26 September 2018 di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan.

Hasil siasatan Kementerian Pendidikan mendapati bahawa perlakuan itu hanya berlaku ketika pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah yang bertujuan memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab semasa menyanyikan Negaraku oleh rakyat Malaysia dan tidak dilakukan ketika mana- mana acara rasmi di sekolah berkenaan.