Manchester City kena konsisten beri tentangan: Guardiola

Reaksi pemain tuan rumah selepas Martial merobek gawang Manchester City di Stadium Etihad. - Foto: Premier League
Reaksi pemain tuan rumah selepas Martial merobek gawang Manchester City di Stadium Etihad. - Foto: Premier League
A
A
A

PENYANDANG juara Manchester City percaya pada ketika ini tidak realistik untuk kelab itu memikirkan pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 1-2 kepada Manchester United di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Sebaliknya pengurus The Citizens, Pep Guardiola berkata, beliau mahu para pemainnya selepas ini memberikan sepenuh tumpuan kepada setiap perlawanan.

Menurutnya, para pemain The Citizens perlu bangkit bersemangat memburu kemenangan biarpun sepanjang sejarah saingan tertinggi bola sepak Inggeris itu tiada kelab yang mampu menjadi juara dengan kedudukan mata yang jauh berbanding pendahulu.

"Sudah jelas sangat sukar kerana lawan mengharungi 16 perlawanan dengan meraih 15 kemenangan dan mereka berada pada prestasi terbaik setiap kali kami keciciran mata.

"Tapi bukan alasan kami mengendurkan tekanan sebaliknya satu tanggungjawab kepada para pemain terus memberikan saingan kepada Liverpool kerana masih banyak perlawanan perlu diharungi," kata bekas pengendali Bayern Munich itu.

Kekalahan kepada jiran tertangga pada Derbi Manchester ke-179 itu menyaksikan skuad kendalian Guardiola ketinggalan 14 mata dari Liverpool selepas mengharungi 16 perlawanan dengan mengumpul 32 mata.

Pada aksi yang menyaksikan penguasaan tuan rumah dengan gol semangat daripada Nicolas Otamendi, namun dua gol babak pertama Marcus Rashford dan Anthony Martial sudah cukup membuatkan Manchester City berputih mata.

Artikel Berkaitan: