X

Kindly register in order to view this article
!

SAM gesa henti eksploitasi Hutan Simpan Kledang Saiong

Sebahagian kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong digondolkan akibat aktiviti pembalakan.
A
A

IPOH - Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendakwa kira-kira 20 hektar kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong berhampiran Chemor di sini, telah digondolkan akibat aktiviti penebangan balak.

Presiden SAM, R Meenakshi berkata, daripada pemerhatian pihaknya mendapati kawasan pembalakan yang merupakan sebahagian kawasan Geopark Lembah Kinta itu telah dimusnahkan dan dieksploitasi sejak 1 November lalu.

"Kawasan pembalakan itu adalah sebahagian daripada keluasan 500.2 hektar di Hutan Simpan Kledang Saiong.

"Menjadi persoalan, pelesen kegiatan pengusahasilan (pembalakan) di bekas kawasan hutan itu ada mengemukakan dan mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) sebelum memulakan kegiatan pengusahasilan di kawasan kelulusan lesen iaitu 151.49 hektar itu?," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, pihaknya kecewa apabila saranan yang diberikan kepada kerajaan negeri terutama mewartakan semula kawasan hutan simpan kekal tidak diambil perhatian.

"SAM dan Kuasa (Persatuan Aktivis Sahabat Alam) sering menyuarakan kebimbangan dan menggesa agar pihak berkuasa negeri tidak lagi memansuhkan sesuatu kawasan hutan selain mencadangkan supaya kawasan itu diwarta semula atau digantikan kawasan tanah lain sebagai hutan simpan kekal.

SAM gesa kerajaan negeri hentikan pembalakan di lereng bukit Banjaran Kledang.
SAM gesa kerajaan negeri hentikan pembalakan di lereng bukit Banjaran Kledang.

"Malah, agenda pertama pertemuan bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Februari lalu adalah tidak memansuhkan sesuatu kawasan perlindungan tanpa justifikasi dan keperluan munasabah," katanya.

Meor Razak berkata, pewartaan kawasan hutan itu selari dengan objektif Dasar Perhutanan Negara serta matlamat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang mensasarkan keluasan hutan simpan kekal mencapai keluasan 5 juta hektar pada 2020.

"Walaupun pemansuhan sebahagian Hutan Simpan Kledang Saiong seluas 500.2 hektar tersebut berlaku semasa pentadbiran kerajaan terdahulu, Ahmad Faizal perlulah mengambil kira kesannya kepada kesejahteraan alam sekitar dengan mewartakan semula sebagai hutan simpan kekal.

"Setiap perancangan pembangunan yang melibatkan pengubahan guna tanah perlu selari dengan semua dasar, pelan perancangan fizikal, ketetapan dan garis panduan berkaitan alam sekitar sedia ada," katanya.

Katanya, pihaknya berharap kerajaan negeri memperhalusi semula cadangan projek yang boleh memberi impak kepada kesejahteraan alam sekitar seperti yang terkandung pada manifesto Pakatan Harapan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus