X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir di Kelantan bertambah pulih, mangsa susut kepada 825

A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 825 orang daripada 304 buah keluarga setakat jam 8 pagi ini berbanding 1,459 (536 keluarga) malam tadi.

Berdasarkan Aplikasi InfoBencanaJKM, dua jajahan masih terkesan banjir membabitkan mangsa seramai 168 daripada 85 keluarga di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pasir Mas manakala di Tumpat masih terdapat 657 mangsa daripada 219 keluarga berada di enam PPS.

Sementara itu, publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan hanya paras Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada amaran iaitu 8.12 meter (amaran 8 meter) manakala semua sungai lain sudah kembali ke paras normal.

Cuaca pagi ini mendung dan tiada jalan yang ditutup untuk semua kenderaan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus