Polis terima laporan, akuan bersumpah Muhammad Yusoff Rawther

Muhammad Yusoff telah membuat laporan polis dan menyerahkan akuan bersumpah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul tadi. FOTO: MALAYSIAKINI
Muhammad Yusoff telah membuat laporan polis dan menyerahkan akuan bersumpah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul tadi. FOTO: MALAYSIAKINI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mengesahkan telah menerima laporan polis dan akuan bersumpah, Muhammad Yusoff Rawther berhubung dakwaannya dicabul oleh seorang ahli politik.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinnah berkata, kes tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

"Saya mengesahkan telah menerima laporan daripada penama tersebut yang merujuk kepada akuan bersumpahnya tempoh hari, kes telah diserahkan kepada JSJ Bukit Aman untuk siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Muhammad Yusoff telah membuat laporan polis dan menyerahkan akuan bersumpah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul tadi.

Muhammad Yusoff memaklumkan laporan itu dibuat supaya polis menyiasat dakwaannya selain mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli politik berkenaan.

Artikel Berkaitan: