WFP rayu bantuan makanan untuk 700,000 penduduk Haiti

Gambar hiasan. - Foto Agensi
Gambar hiasan. - Foto Agensi
A
A
A

ROME - Program Makanan Sedunia (WFP) memohon AS$62 juta (RM257.89 juta) untuk menyediakan bantuan makanan kecemasan kepada 700,000 orang di Haiti.

Menurut kajian kebangsaan yang dijalankan Penyelarasan Kebangsaan bagi Keselamatan Makanan (CNSA), satu pertiga daripada 3.7 penduduk di negara itu memerlukan bantuan makanan segera dan 1 juta orang kebuluran.

Kenaikan harga, mata wang tempatan lemah dan pengeluaran pertanian merosot antara faktor yang menjejaskan Haiti.

Masalah itu diburukkan lagi dengan rusuhan sosial dan sivil yang menjadikan banyak jalan utama tidak dapat dilalui sekali gus menghalang pengedaran makanan kepada isi rumah miskin.

Agensi yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga mengatakan bahawa ia telah meluaskan jangkauan bantuan makanan kecemasan dan menyediakan lebih banyak wang tunai serta baucar ke kawasan yang terjejas oleh kekurangan makanan.

"Pengedaran makanan akan diluaskan apabila keadaan keselamatan membenarkan. Pada hujung bulan lalu WFP telah menyewa helikopter untuk mencapai kawasan yang tidak dapat diakses melalui jalan," kata WFP. - Agensi

Artikel Berkaitan: