Lagu Negaraku versi Mandarin tidak sepatutnya berlaku: Najib

Najib ketika ditemui pengamal media ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Agung UMNO, di PWTC hari ini. FOTO:ZAHID IZZANI
Najib ketika ditemui pengamal media ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Agung UMNO, di PWTC hari ini. FOTO:ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menukar lirik lagu Negaraku kepada bahasa Mandarin tidak sepatutnya berlaku, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, lirik lagu berkenaan sememangnya menggunakan bahasa kebangsaan sejak dahulu lagi.

“Perkara ini tak sepatutnya dilakukan sebab Negaraku memang bahasanya memang bahasa kebangsaan kita.

“Itu satu kewajipan bagi kita untuk mengamalkan seperti mana yang ditentukan prinsipnya dalam bahasa kebangsaan kerana itu adalah ‘national language’ kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin

Hari ini tular satu klip video yang memaparkan nyanyian lagu Negaraku oleh sekumpulan murid sekolah rendah dalam bahasa Mandarin.

Rakaman berdurasi seminit 23 saat itu memperlihatkan kira-kira 20 orang murid berdiri menyanyikan lagu Negaraku di dalam sebuah bilik darjah namun liriknya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan negara sama ada secara sengaja atau tidak.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu polis juga akan membuka siasatan berhubung kes tersebut, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Menurutnya, video tersebut adalah video lama namun pihaknya akan membuka siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Negaraku sudah diwartakan tidak boleh diubah

Kementerian Pendidikan tidak kompromi pihak langgar Perlembagaan