Glasier di New Zealand bertukar merah

Kebakaran hutan di Australia turut beri kesan kepada glasier di negara jiran.
Kebakaran hutan di Australia turut beri kesan kepada glasier di negara jiran.
A
A
A

WELLINGTON - Kebakaran hutan di Australia turut memberi kesan kepada negara jiran apabila glasier di New Zealand bertukar warna menjadi kemerah-merahan.

Perubahan itu dirakam jurugambar dan blogger, Liz Carlson pada 28 November lalu ketika dia mengelilingi Taman Negara Gunung Aspiring, di Pulau Selatan New Zealand dengan helikopter.

"Selepas kami terbang di kawasan yang lebih jauh ke dalam di sekitar Glasier Kitchener, boleh dilihat betapa merahnya ia.

"Kebiasaannya pada akhir musim panas, glasier akan menjadi kotor dan berwarna kelabu akibat salji yang mencair dan batuan kecil hitam di atasnya. Tetapi sekarang adalah musim bunga. Ia sangat pelik," katanya.

Glasier di Gunung Aspiring bertukar merah akibat zarah yang datang daripada kebakaran hutan di Australia.
Glasier di Gunung Aspiring bertukar merah akibat zarah yang datang daripada kebakaran hutan di Australia.

Difahamkan, angin barat membawa asap kebakaran dari Australia ke arah New Zealand.

Ahli meteorologi CNN, Monica Garrett berkata, zarah yang lebih berat jatuh dan seterusnya mengubah warna salji di negara itu.

"Sehingga bahan di glasier itu tidak diuji, kita tidak boleh tahu apa sebenarnya yang menyebabkan kejadian tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sejak awal September lalu, Australia berdepan salah satu musim kebakaran hutan paling buruk di dunia.

Menurut Perkhidmatan Bomba New South Wales, setakat semalam, lebih 117 kebakaran belukar dan rumput dengan lebih 60 lagi belum terbakar sepenuhnya. - Agensi