'Tak sangka kebakaran besar ragut tiga nyawa'

Pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan penyiasatan di lokasi kejadian.
Pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan penyiasatan di lokasi kejadian.
A
A
A

SHAH ALAM - "Saya terjaga bila dengar bunyi siren yang kuat," kata seorang penduduk yang tinggal berhampiran lokasi dua rumah terbakar di Jalan Binjai, Pekan Pandamaran di sini awal pagi tadi.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Meng berkata, dia tidak menyangka kebakaran yang berlaku meragut nyawa tiga mangsa.

"Saya sedar pun bila dengar siren bomba, ingatkan kebakaran kecil, tapi rupanya kebakaran besar.

"Saya tak berapa kenal sangat dengan mangsa, tapi dari apa yang saya dengar dari penduduk mereka merupakan keluarga yang baik," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu, tiga rentung manakala seorang mengalami kecederaan parah dan dua lagi cedera ringan apabila rumah yang mereka diami terbakar.

Kejadian turut mengakibatkan kereta milik mangsa musnah terbakar.
Kejadian turut mengakibatkan kereta milik mangsa musnah terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Hafisham Mohd Noor berkata, kejadian melibatkan dua rumah papan pada jam 3.12 pagi itu turut menyebabkan seorang penghuni melecur 50 peratus.

Menurutnya, seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Klang dan Andalas dikejarkan ke lokasi sejurus panggilan kecemasan diterima.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam rumah berkenaan menemui tiga mangsa yang rentung dalam bilik tidur.

"Mangsa yang terkorban adalah dua perempuan dikenali sebagai Yoke Moi,70; Soon See Eng, 54, dan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU), Ang Kar Hian berusia 22 tahun.

"Lelaki yang melecur di seluruh badan dikenali sebagai Ang Cheng Kiat, 55, manakala yang terselamat masing-masing seorang lelaki dan perempuan Ang kar Chun, 27 dan Ang Kam Siew, 30," katanya.

Menurut Hafisham, kebakaran berjaya dikawal dari merebak ke sebuah lagi rumah terletak bersebelahan.

Katanya, mangsa yang melecur dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN Tiga sekeluarga rentung kebakaran dua rumah