Banjir: Masjid disaran buat solat hajat esok

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masjid di seluruh negara disaran mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat, esok dan berdoa bagi dipermudahkan urusan dan mengelak sebarang kesulitan di negeri yang dilanda banjir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan terdapat seramai 12,131 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu (1,106) dan Johor (21) setakat malam tadi.

"Semoga ALLAH memudahkan segala urusan dan mengelakkan sebarang kesulitan di negeri-negeri dilanda bencana banjir ketika ini.

“Semoga ALLAH sentiasa memelihara negara ini daripada sebarang bencana yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mujahid berkata, media turut melaporkan, setakat malam tadi, masih ada daerah-daerah yang mencatatkan peningkatan mangsa banjir. - Bernama

Artikel Berkaitan: