X

Kindly register in order to view this article
!

Misi rahsia pindah emas RM21.87 bilion berjaya

Sebanyak 8,000 jongkong emas seberat 100 tan berjaya pulang ke Poland secara rahsia.
A
A

LONDON - Misi rahsia untuk memindahkan jongkong emas bernilai 4 bilion pound (RM21.87 bilion) yang tersembunyi di London semasa Perang Dunia Kedua ke Poland berjaya diselesaikan.

Dengan menggunakan pesawat, helikopter, lori dan polis pakar, sebanyak 8,000 jongkong emas seberat 100 tan itu akhirnya pulang ke tempat asal secara rahsia.

Menurut laporan Bloomberg, kerajaan mahu emas tersebut kembali bagi membuktikan kekuatan ekonomi Poland.

Rizab emas negara itu yang disimpan di Bank England sejak Perang Dunia Kedua telah dipindahkan semasa tercetusnya perang ditengah-tengah kebimbangan ia akan jatuh ke tangan Nazi.

Dalam perjalanan terakhir yang dibuat 22 November lalu, lori membawa 20 peti dipenuhi jongkong emas dipindahkan dari lokasi rahsia di barat London ke lapangan terbang tidak dinamakan.

Sejurus tiba di lapangan terbang, emas berkenaan diikat di dalam pesawat pengangkut Boeing 737 dan diterbangkan ke dua lokasi rahsia di Poland.

Peti emas diikat di dalam pesawat pengangkut Boeing 737 dan diterbangkan ke dua lokasi rahsia di Poland.
Peti emas diikat di dalam pesawat pengangkut Boeing 737 dan diterbangkan ke dua lokasi rahsia di Poland.

Polis elit kemudiannya memuatkan peti tersebut ke dalam tiga trak perisai sebelum dibawa ke bilik kebal di bank negara Poland di lokasi yang tidak didedahkan.

Apabila tiba di bank, ia dikira bagi memastikan tiada yang hilang.

Firma keselamatan G4S International Logistics diberi tanggungjawab besar untuk memindahkan emas yang digambarkan sebagai salah satu pergerakan emas antara bank terbesar di dunia.

Gabenor bank negara Poland, Adam Glapinski menyifatkan misi itu berjaya dan semua jongkong emas itu kini berada di tempat selamat. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus