X

Kindly register in order to view this article
!

Cantik tanpa suntikan

RAWATAN wajah Safer Non-Injection menggunakan mesin berteknologi tinggi.
A
A

BIMBANG melihat trend wanita pada hari ini yang cenderung mengambil jalan singkat untuk tampil cantik, pusat kecantikan dan pelangsingan badan Slimming Sanctuary memperkenalkan rawatan baharu.

Menurut Pengurus Besar, Slimming Sanctuary Malaysia, Lau Sieu Keng, sebahagian besar wanita sanggup mengeluarkan kos tinggi semata-mata untuk menjalani rawatan yang boleh membahayakan kulit wajah.

"Satu daripadanya adalah dengan melakukan suntikan botox dan filler pada bahagian tertentu.

"Bagaimanapun, jika tersalah langkah kaedah ini boleh memudaratan kulit wajah. Ia berikutan setiap suntikan yang diaplikasi akan meresap sehingga ke lapisan darah," jelasnya ketika ditemui Femina di Slimming Santuary Cawangan Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Justeru, bagi membantu golongan wanita pihak Slimming Santuary menawarkan rawatan wajah Safer Non-Injection dengan menggunakan mesin berteknologi tinggi.

"Terdapat empat kategori rawatan ditawarkan mengikut jenis dan kondisi kulit wajah individu seperti vitamin C dan Glutathione, stem cell, triple HA serta peptides.

"Bagi wanita yang mengalami masalah pigmentasi atau ingin mencerahkan kulit wajah, rawatan vitamin C dan Glutathione boleh menjadi pilihan.

"Sementara itu, rawatan triple HA pula merupakan hyaluronic acid yang bertindak melembapkan dan membantu membaiki kulit wajah akibat selaran matahari," jelasnya lanjut.