Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera tergendala lebih dua jam

Kira-kira 500 orang terjejas apabila perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera tergendala lebih dua jam sejak 10 pagi tadi.
Kira-kira 500 orang terjejas apabila perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera tergendala lebih dua jam sejak 10 pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Kira-kira 500 orang terjejas apabila perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera tergendala lebih dua jam sejak 10 pagi tadi.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PHC) Datuk Cheok Lay Leng berkata, ia berikutan masalah sistem yang dikenal pasti pada jam 10 pagi.

“Akhirnya kita perlu melakukan pemeriksaan keseluruhan sistem untuk memastikan tiada masalah lain,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang terjejas adalah pelancong dan ketika itu terdapat kira-kira 500 pelancong di pusat peranginan itu.

Katanya untuk memulihkan semula sistem, ia mengambil masa yang lama, bagaimanapun perkhidmatan kereta api kembali pulih pada 12.30 tengah hari.

Lay Leng berkata, mereka yang terjejas ketika itu boleh menggunakan perkhidmatan jip untuk turun terutama yang perlu menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menunggu dengan sabar sehingga perkhidmatan pulih.

Sementara itu, seorang pelawat Azhar Abdul Khafar, 38, berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai masalah teknikal itu pada 10 pagi dan ia menyebabkan beliau dan keluarga tidak dapat turun menggunakan kereta api.

Artikel Berkaitan:

Azhar yang sedang bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang berkata, selepas menunggu selama 30 minit, mereka ditawarkan untuk menggunakan jip.

"Kami telah dibawa turun dari Bukit Bendera menggunakan jip sebelum dibawa dengan trak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke tempat letak kereta di kaki bukit," katanya.