Beri peluang Kabinet sedia ada

Dr Mahathir bersalaman bersama ahli Bersatu ketika tiba untuk merasmikan Pejabat Bersatu Terengganu sempena lawatan kerja ke Terengganu, hari ini.
Dr Mahathir bersalaman bersama ahli Bersatu ketika tiba untuk merasmikan Pejabat Bersatu Terengganu sempena lawatan kerja ke Terengganu, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Menteri kerajaan PH perlu diberi peluang menjawat jawatan itu walaupun kebanyakannya tidak mempunyai pengalaman sebelum ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia berdasarkan peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh kebanyakan mereka setakat ini

"Ini adalah Kabinet baharu dan ramai dalam kalangan mereka tidak pernah pegang jawatan menteri dan sebelum ini mereka duduk di bawah pembangkang.

"Bagaimanapun, prestasi kebanyakan mereka menunjukkan peningkatan dan kita harus beri peluang," katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat Bersatu Terengganu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau bersedia untuk memberi nasihat dan saranan kearah perubahan positif sekiranya diperlukan.

"Kalau dulu, ada antara mereka tidak pandai bawa diri. Ada yang buat kenyataan dan tindakan sendiri tanpa merujuk kepada Kabinet.

"Sekarang ramai yang dah faham dan tahu bahawa ada perkara-perkara tertentu yang perlu dirujuk kepada Kabinet.

"Kita perlu bertoleransi dan memberi peluang. Kalau tukar orang lain pun sama juga," katanya.

Artikel Berkaitan: