Penunggang motosikal melambung dirempuh kereta

Rakaman video mengenai kemalangan antara motosikal dan kereta yang tular di media sosial sejak semalam.
Rakaman video mengenai kemalangan antara motosikal dan kereta yang tular di media sosial sejak semalam.
A
A
A

PONTIAN - Satu rakaman video kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal dan sebuah kereta Toyota Camry di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Parit Ibrahim di depan sebuah sekolah menengah di sini tular di media sosial sejak semalam.

Dalam video berdurasi 1 minit 30 saat itu, mangsa yang menunggang motosikal melambung selepas dilanggar Toyota Camry yang membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh ketika dihubungi berkata, pihaknya maklum mengenai kejadian tersebut namun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan tentang kemalangan tersebut.

Kejadian itu mendapat perhatian di laman media sosial apabila rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pemandu kereta tersebut.

Artikel Berkaitan: