Ekspo tatu: Kerajaan digesa ambil tindakan

Abdul Rahman
Abdul Rahman
A
A
A

KUANTAN - Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap penganjur Ekspo Tattoo Malaysia 2019 yang melanggar sensitiviti umat Islam.

Menurutnya, penganjur bukan sahaja mempertontonkan tatu di khalayak ramai bahkan model mereka beraksi separuh bogel.

"Sebagai negara Islam tidak patut berlaku begitu. Tempat lain bukan negara Islam pun tak buat begitu tapi negara kita terlalu bebas dan tiada sekatan terhadap perkara yang menyentuh sensitiviti agama.

"Jelas sekali di dalam Islam tatu hukumnya haram kerana mengubah kejadian ALLAH SWT hingga tidak boleh ditanggalkan.

"Kalau ada usaha untuk menggalakkan sepatutnya kita kena halang dan ambil tindakan. Ini juga pengajaran kepada agama lain," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Abdul Rahman berkata, perbuatan seperti itu perlu ditegah bagi mengelakkan budaya negatif dalam kalangan masyarakat di Malaysia khasnya umat Islam.

"Kementerian membabitkan agama juga perlu menegur. Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimjnah Iskandariah juga sudah bersuara.

"Semua pihak dinasihati menyekat dan mengambil tindakan. Kita malu. Kenapa bila orang buat kesalahan kita maafkan dan kita buat tak tahu sahaja? Sedangkan di Malaysia ada mahkamah, kesalahan jalan raya pun kena tindakan.

Artikel Berkaitan:

"Ini hal agama. Mana boleh perkara menyentuh sensitiviti umat Islam dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh pecah belah umat," katanya.