X

Kindly register in order to view this article
!

Ibu Menteri KPDNHEP meninggal dunia

Saifudin bersama Allahyarham ibunya, Che Gayah.
A
A

ALOR SETAR - Ibu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meninggal dunia kira-kira jam 6.05 petang tadi akibat sakit tua.

Allahyarham Che Gayah Hassan, 74, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas seminggu menerima rawatan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Saifuddin, Hisommudin Bakar kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham Che Gayah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Durian, Pokok Sena kira-kira jam 11 malam ini.