Pengunjung tercampak ketika naik 'cliffhanger'

Detik cemas pengunjung tercampak dari permainan 'cliffhanger'.
Detik cemas pengunjung tercampak dari permainan 'cliffhanger'.
A
A
A

BANGKOK - Tular satu rakaman memaparkan beberapa pengunjung tercampak keluar dari 'cliffhanger' di sebuah taman hiburan sempena karnival Lopburi, Thailand.

Permainan itu dikatakan mengalami masalah teknikal ketika dinaiki 14 pengunjung apabila salah satu penghadang keselamatan terbuka ketika bermain pada pusingan kedua.

Detik cemas tersebut berjaya dirakam oleh pengunjung yang sedang menyaksikan aksi permainan tersebut.

Menerusi paparan video itu menyaksikan lima pengunjung tercampak dan mengalami kecederaan di bahagian dahi, manakala salah seorang daripada mereka cedera di bahagian kaki.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku susulan daripada insiden tersebut.

Posting dimuat naik di YouTube Viral Press berdurasi dua minit itu tular mendapat perhatian netizen.

Kata Lolita, "Mujur tiada kecederaan serius. Harap pihak berkaitan bertanggungjawab atas kecuaian itu."

Menurut CMDler, pihak berkaitan perlu melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum membenarkan pengunjung menaikinya kerana jika tersilap, ia boleh mengundang maut."

Artikel Berkaitan: