Dr Wan Azizah sambut hari lahir di PPS SK Kamil 1

Dr Wan Azizah (dua dari kanan) meraikan ulang tahun kelahirannya bersama kanak-kanak mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Kamil 1 hari ini. -Foto Bernama
Dr Wan Azizah (dua dari kanan) meraikan ulang tahun kelahirannya bersama kanak-kanak mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Kamil 1 hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PASIR PUTEH - Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke pusat pemindahan sementara (PPS) SK Kamil 1 di sini, dikejutkan dengan sambutan hari jadinya yang ke-67 oleh petugas di situ.

Beliau yang ketika itu sedang menikmati sajian ringan bersama mangsa banjir terperanjat apabila dinyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi' disertai bacaan doa selamat.

Terdahulu, beliau yang tiba di PPS itu kira-kira pukul 11.55 pagi turut meluangkan masa setengah jam bertemu mangsa banjir yang ditempatkan di situ sejak beberapa hari lepas.

Wan Azizah kemudian mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut menyediakan kek hari jadi dan kemudiannya dipotong sebelum dibahagi-bahagikan kepada kanak-kanak mangsa banjir PPS berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: