Kerajaan negeri tak beban rakyat

Mohd Amar Nik Abdullah - Foto Rosli Talib
Mohd Amar Nik Abdullah - Foto Rosli Talib
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan negeri tidak membebankan rakyat, malah kadar yang dikenakan terhadap beberapa urusan melibatkan hartanah negeri ini adalah sesuai dengan keperluan semasa.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, perkara tersebut telah lama dilaksanakan tapi menjadi isu apabila ada pihak yang sengaja memperbesarkan cerita sehingga ia memberi kesan kepada pandangan orang ramai pada kerajaan.

“Saya tidak pasti orang yang mempertikaikan tentang isu ini, adakah sengaja mencari isu menyalahkan kerajaan negeri atau mereka yang terbeban dengan apa yang perlu dibayar.

“Kita tidak akan tangguh. Apa pun kita tunggu maklum balas mengenai perkara ini dan ia akan dapat dikumpulkan dalam masa dua minggu,” katanya kepada media di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang menyifatkan Pas Kelantan membebankan rakyat dengan menaikkan kadar cukai dengan terlalu tinggi sehingga mencecah 500 peratus daripada kadar asal untuk beberapa urusan hartanah berkuat kuasa bulan ini.

Artikel Berkaitan: