Maaf saya tak dapat komen, kata Latheefa

Latheefa Koya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Prolintas Group of Companies Datuk Azlan Abdullah (dua,kanan) ketika melancarkan buku 'Organizational Anti-Corruption Integrity Plan & Corruption Risk Management' (CRM 2.0) pada Majlis Hari Integriti Prolintas 2019 di sebuah hotel hari ini. -Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - "Maaf saya tak dapat komen," kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan sama ada pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap bekas ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian yang ditukar serta-merta baru-baru ini.

"Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki pun tiada di sini, jadi saya tak dapat komen," katanya.

Terdahulu, bekas KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan melalui satu kenyataan memberitahu, beliau menerima keputusan dipindahkan ke Jawatan Penempatan Khas JPA yang berkuat kuasa serta-merta.

Khabar angin mendakwa pertukaran tersebut mempunyai kaitan dengan kontroversi melibatkan tender padi bernilai RM1.4 bilion.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub menganggap pertukaran KSU kementerian itu ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah keputusan biasa ketika ditemui di lobi Parlimen, 26 November lalu.

Ketika ditanya kemungkinan pertukaran itu disebabkan siasatan dalam kementerian atau semata-mata kerana isu tersebut ditularkan, Salahuddin menegaskan beliau tidak boleh mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan: