'Terima kasih bro'

Aksi seorang lelaki yang mempertaruhkan nyawa mengalihkan jeriji besi ketika kenderaan sesak di jalan raya.
Aksi seorang lelaki yang mempertaruhkan nyawa mengalihkan jeriji besi ketika kenderaan sesak di jalan raya.
A
A
A

SUNGAI BULOH - "Terima kasih bro. Pertaruh nyawa untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Baru lima minit tadi. Restoran Jejantas Sg Buloh menghala utara." Demikian kata Xidi Zaid yang sempat merakam aksi seorang lelaki berjiwa murni mengalihkan jeriji besi di tengah jalan.

Klip video durasi 1 minit 29 saat itu tular di laman sosial meraih 797,558 tontonan.

Menerusi video itu, memaparkan pemandu kereta Proton Saga melalui jalan tersebut kebetulan ternampak jeriji besi berada di tengah jalan sebelum dia berhenti ke tepi untuk mengutip barangan itu.

Dia meredah dan melintas kesesakan jalan raya untuk mengalihkan besi dipercayai terjatuh dari muatan sebuah lori dan meletakkan besi di tepi jalan bagi menggelakkan berlaku kemalangan.

Aksi lelaki berkenaan bagaimanapun mendapat pujian netizen dan ada juga yang menasihati agar lelaki itu segera melaporkan ke pihak Laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Mohd Fadzly Nordin memberitahu, "Benda-benda macam ni jangan pertaruhkan nyawa sendiri, hubungi je PLUS helpline, lagi pun berdekatan R&R, biar pihak Propel @ PLUS uruskan," tulisnya.

Ahmad Nur Hakeem,"Masya-ALLAH, bahayanya bro. Tapi apa pun terima kasih dan respect kat bro ni bahayakan nyawa sendiri."

Kata Mohd Hafiz,"Tak ramai yang macam...semoga dipermudahkan segala urusan awak ya."

Artikel Berkaitan:

Tambah, Siti Adan Affendy,"Sikap peduli yang amat sangat dihargai. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Amin."

Sehingga kini, posting itu mendapat 6,000 tanda suka dan 19,000 perkongsian daripada netizen.