Kerajaan negeri tunggu laporan JAS

Tze Min (tiga dari kanan) menyempurnakan pelancaran program Simposium Belia Pendukung Cabaran Perdana: Merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
Tze Min (tiga dari kanan) menyempurnakan pelancaran program Simposium Belia Pendukung Cabaran Perdana: Merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
A
A
A

SINTOK - Kerajaan negeri masih menanti laporan penuh daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai kejadian banjir lumpur di Kampung Iboi, Baling yang didakwa akibat projek tanaman Musang King di Gunung Inas, baru-baru ini.

Exco Alam Sekitar Kedah, Ooi Tze Min berkata, projek tanaman berkenaan mendapat kelulusan daripada kajian Laporan Impak Penilaian Alam Sekitar (EIA) sebelum dilaksanakan.

Menurutnya, walaupun telah diluluskan, pemaju masih tertakluk di bawah syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam EIA.

"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan ketika ini untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya kepada media selepas program Simposium Belia Pendukung Cabaran Perdana: Merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Ketika menjawab soalan media mengenai desakan penduduk agar projek berkenaan dihentikan, Tze Min berkata, sebarang keputusan perlu berpandukan pada hasil siasatan oleh JAS.

"Apa pun, kita perlu menanti hasil siasatan terlebih dahulu dan kita (kerajaan negeri) perlu tahu punca (banjir lumpur) yang berlaku itu adakah ia berkaitan dengan apa yang dituduh dan didakwa oleh penduduk (berpunca daripada projek musang king)," katanya.

Pada 20 November lalu, lebih 10 buah rumah di Kampung Iboi terjejas akibat banjir lumpur yang didakwa akibat projek tanaman Musang King di Gunung Inas.

Hujan lebat sejak jam 6 petang itu menyebabkan air Sungai Lata Celak melimpah dan memasuki rumah penduduk sehingga setinggi satu meter.

Artikel Berkaitan: