ADUN Johor perlu isytihar harta

Dr SAHRUDDIN
Dr SAHRUDDIN
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan harta masing-masing, semalam.

Usul dibawa Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor itu merupakan antara langkah menambah baik pentadbiran selain menunjukkan ketulusan ADUN yang kemudian dibahas oleh empat ADUN.

Antaranya, Datuk Ir Hasni Mohammad (BN-Benut), R Vidyananthan (BN-Kahang), Ir Khairuddin A Rahim (PH-Senggarang) dan Dr Chong Fat Full (PH-Pemanis).

Usul itu kemudiannya dipersetujui oleh 39 wakil rakyat PH, Barisan Nasional (16) dan Pas (1).

Dr Sahruddin berkata, pengisytiharan harta tersebut perlu melibatkan suami isteri, anak berumur 21 tahun ke bawah dan penjaga harta dengan mengisi Borang Akaun Berkanun.

Ia merangkumi tiga borang iaitu Borang Pengisytiharan Harta, Pengisytiharan Harta Tambahan dan Pelupusan Harta.

Sahruddin berkata, borang berkenaan perlu dihantar kepada Speaker DUN, Suhaizan Kaiat dalam tempoh enam bulan sehingga 1 Jun 2020 dari tarikh usul dipersetujui dan diberi salinan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Artikel Berkaitan: