Bomba selamatkan 9 mangsa terperangkap kebakaran

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kebakaran rumah kedai di Taman Tampoi Indah malam tadi.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kebakaran rumah kedai di Taman Tampoi Indah malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Anggota bomba berjaya menyelamatkan sembilan mangsa yang terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah kedai empat tingkat di Taman Tampoi Indah di sini malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu mengakibatkan kesemua mangsa termasuk seorang kanak-kanak terperangkap di tingkat satu bangunan berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, K Karuppannan berkata, seramai 14 anggota, dua jentera dan sebuah unit EMRS dikejarkan ke tempat kejadian bersama bantuan dari anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau dan Skudai.

"Kebakaran melibatkan rumah kedai 4 tingkat dan api bermula di tingkat satu. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Seramai enam anggota dari BBP Tebrau dan dua anggota dari BBP Skudai membantu operasi memadamkan kebakaran," katanya.

Tingkat satu rumah kedai empat tingkat di Taman Tampoi Indah yang terbakar malam tadi.
Tingkat satu rumah kedai empat tingkat di Taman Tampoi Indah yang terbakar malam tadi.

Artikel Berkaitan: