X

Kindly register in order to view this article
!

Hak milik tanah kekal bukan bersifat perkauman

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari
A
A

IPOH - Manifesto pemberian hak milik tanah kekal yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak bukan bersifat perkauman.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, tuntutan dalam Konvensyen DAP baru-baru ini tidak hanya untuk kaum Cina di kampung baru tetapi membabitkan kaum Melayu termasuk peneroka felda dan kampung tersusun.

"Jika dahulu Pas dan Barisan Nasional (BN) mempersoalkan janji manifesto yang sepatutnya dikotakan PH namun kini sebaliknya pula berlaku apabila cuba mengaitkan manifesto pemberian hak milik tanah kekal sebagai sesuatu yang bersifat perkauman.

"Ia bukan sekadar mengenai pemberian hak milik tanah kekal kepada peneroka felda, kampung tersusun dan kampung baru yang melibatkan semua kaum, malah ia sepatutnya meliputi kesemua lima dasar utama dan 10 dasar tumpuan seperti yang tercatat di dalam manifesto Pakatan Harapan Negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr Abdul Aziz yang juga Exco Pendidikan, Sains,Teknologi dan Alam Sekitar Perak berkata, tindakan Pas Perak yang tidak bersetuju dengan manifesto itu jelas menunjukkan parti berkenaan sebagai

tidak berprinsip.

Katanya, Pas mungkin lupa bahawa pada 2008 yang lalu, parti itu yang menyokong pemberian hak milik 999 tahun kampung baru Cina di Perak.

"Kedangkalan mereka apabila pemberian hak milik tanah kekal kepada kaum Cina, Melayu dan India dikatakan rasis tetapi memberi MCA kerusi Parlimen menewaskan calon Islam dikatakan tidak rasis," katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada kerajaan negeri dalam melaksana dan menunaikan janji Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kepada rakyat.

"Tidak perlulah menjadikan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat itu sebagai permainan politik golongan yang tidak bertanggungjawab," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus