Peraturan dua jam CRS elak risiko gangguan pertumbuhan

Membiarkan anak tidur di kerusi CRS lebih daripada dua jam akan menyebabkan risiko kesihatan.
Membiarkan anak tidur di kerusi CRS lebih daripada dua jam akan menyebabkan risiko kesihatan.
A
A
A

SHAH ALAM - Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi memastikan kanak-kanak tidak mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Ini dilakukan susulan daripada statistik kemalangan yang membimbangkan melibatkan kanak-kanak, namun adakah masyarakat kita telah bersedia seperti mengetahui peraturan dua jam dalam menggunakan CRS.

Dalam kajian yang dibuat oleh Babysafe, sebanyak 58 peratus ibu bapa tidak mengetahui tentang peraturan dua jam yang jika diabaikan dikhuatiri memberi masalah kesihatan kepada anak mereka.

Kebanyakan pengeluar CRS tidak menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kerusi tersebut selama lebih dua jam dalam tempoh 24 jam disebabkan mampu memberi gangguan kepada pertumbuhan tulang belakang kanak-kanak.

Selain itu, aliran udara ke paru-paru kanak-kanak akan menjadi terhad sekiranya mereka tidur dalam posisi kepala tunduk ke depan.

Ini bermakna ibu bapa perlu peka untuk mengangkat anak mereka seketika dari CRS sekurang-kurangnya sekali bagi setiap dua jam berbanding membiarkan anak terus lena dalam posisi badan yang mungkin memberi risiko.

Dalam pada itu, kajian menyarankan supaya rehat yang kerap perlu diambil dalam perjalanan yang panjang bagi membolehkan bayi tersebut diangkat keluar dari kerusi tersebut walaupun bayi tersebut sedang tidur.

Artikel Berkaitan:

Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak terus lena dalam posisi badan yang mungkin memberi risiko.
Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak terus lena dalam posisi badan yang mungkin memberi risiko.