X

Kindly register in order to view this article
!

Peluang miliki Rumah Impian Bangsa Johor

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ)
A
A

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor yang ingin memiliki Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) boleh membuat permohonan di laman web rasmi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bermula hari ini.

YSIJ dalam satu kenyataan berkata, permohonan itu melibatkan dua projek RIBJ di Bandar Dato’ Onn dan Bandar Baru Majidee.

"Projek RIBJ di bawah naungan YSIJ telah dilancarkan pada 22 Mac 2017 bagi menzahirkan hasrat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam memastikan setiap rakyat Johor memiliki rumah impian sendiri di kawasan yang sempurna serta selesa pada harga yang mampu dimiliki.

"Sehubungan itu, orang ramai yang memenuhi syarat dan kriteria diminta mendaftar di Sistem Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor menerusi laman web rasmi permohonan YSIJ iaitu sijf.my bagi mengemaskinikan rekod masing-masing untuk semakan kelayakan," menurut kenyataan itu semalam.

YSIJ berkata, syarat dan kriteria pemohon yang ditetapkan adalah seorang warganegara Malaysia berumur 25 tahun ke atas manakala bagi pasangan yang berkahwin hanya satu permohonan dibenarkan.

"Keutamaan akan diberikan kepada pemohon dan pasangan yang belum memiliki hartanah dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 bagi projek RIBJ di Bandar Dato’ Onn manakala RM8,000 untuk projek di Bandar Baru Majidee.

"Projek RIBJ melibatkan pembinaan 808 unit kediaman iaitu 320 unit dibina di Bandar Baru Majidee dan 488 unit dibangunkan di Bandar Dato’ Onn yang ditawarkan pada harga antara RM85,000 hingga RM150,000 seunit.

"Kedua-dua projek dijangka siap pada Januari 2020 bagi Bandar Baru Majidee dan Bandar Dato’ Onn pada Ogos 2020," katanya.

Menurut kenyataan itu, semua pemohon yang berjaya sebelum ini sudah dimaklumkan mengenai keputusan permohonan mereka menerusi capaian log masuk masing-masing dan surat tawaran juga sudah dikeluarkan.

“Ada pemohon yang tidak berjaya kerana tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan atau gagal mendapat kelulusan pinjaman daripada pihak bank.

“Sekretariat YSIJ juga menasihatkan orang ramai agar hanya membuat permohonan menerusi laman sesawang rasmi sahaja kerana YSIJ tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan berkenaan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!