KKM pandang serius amalan klinik swasta kena caj berbeza

Dzulkefly (kiri) dan Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Stampin pada program Kampungku Sihat Peringkat Parlimen Stampin di Kampung Tematu hari ini. - Foto Bernama
Dzulkefly (kiri) dan Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Stampin pada program Kampungku Sihat Peringkat Parlimen Stampin di Kampung Tematu hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Kementerian Kesihatan memandangkan serius mengenai amalan klinik dan pusat perubatan swasta yang mengenakan caj rawatan dan kos ubat-ubatan yang berbeza bagi pesakit yang membayar secara tunai dan pesakit yang menggunakan kad insurans.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jika ada pesakit yang pernah dikenakan amalan sedemikian, beliau mahu pesakit itu tampil membuat aduan.

“Perkara ini luar biasa selain kementerian, aduan juga boleh melalui Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) supaya siasatan dapat dijalankan.

“Jika perkara ini berleluasa maka tindakan yang tegas akan diambil,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Program Kampungku Sihat di Kampung Tematu di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit kementerian, Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Jamilah Hashim.

Dzulkefly aduan boleh disalurkan ke bahagian perubatan kementerian melalui ckaps.aduan@moh.gov.my.

Menurut laporan media tempatan hari ini, langkah klinik mengenakan caj tambahan sehingga 10 peratus terhadap pemegang polisi insurans menyebabkan kuota perlindungan pesakit cepat habis dan harga ubat mencapai hampir 90 peratus lebih mahal dikenakan. - Bernama

Artikel Berkaitan: