Jumlah mangsa banjir berkurangan di Kelantan

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir pada hari kedua di Kelantan berkurangan kepada 125 orang sehingga jam 5.17 petang ini berbanding tengah hari tadi.

Keadaan beransur baik dengan pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan yang mulai dinaiki air di Kuala Krai sebelum ini sudah ditutup sepenuhnya jam 2 petang tadi.

Portal ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan sehingga jam 5.17 petang ini kesemua mangsa terdiri daripada 36 keluarga masih lagi ditempatkan di tujuh PPS.

Di Machang, seramai 37 mangsa terdiri daripada 14 lelaki dewasa, 11 perempuan dan empat kanak-kanak lelaki bersama lapan kanak-kanak perempuan melibatkan 15 keluarga masih belum dibenarkan pulang.

Mereka dari Kampung Pak Roman, Pangkal Meleret itu kini ditempatkan di satu-satunya PPS di Machang iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pak Roman yang dibuka sejak semalam.

Tanah Merah pula enam PPS masih dibuka yang menempatkan 88 mangsa terdiri daripada 21 keluarga.

Mangsa yang paling ramai adalah berada di Masjid Mukim Kuala Kepok iaitu 47 orang melibatkan 11 keluarga.

Sementara itu, bacaan di Sungai Golok, Rantau Panjang terus meningkat dan kini masih melepasi paras bahaya iaitu 9.16 meter (9m bahaya).

Artikel Berkaitan:

Paras Sungai Lebir di Tualang juga menunjukkan trend meningkat bermula dari jam 5 pagi lagi, yang mana kini berada pada bacaan 31.84m.

Sungai Golok, di Jenob pula berubah kepada paras normal iaitu 21.35m, berbanding 21.55m iaitu di tahap berjaga-jaga pada jam 1tengah hari tadi.