Semak, tentu semula arah kiblat jam 3.08 petang ini

Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi Facebooknya memaklumkan fenomena tersebut diramal berlaku jam 3.08 petang pada Jumaat waktu Malaysia.
Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi Facebooknya memaklumkan fenomena tersebut diramal berlaku jam 3.08 petang pada Jumaat waktu Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam berpeluang untuk menyemak dan menentukan semula arah kiblat berikutan kedudukan matahari searah kiblat pada petang ini.

Jabatan Mufti Negeri Selangor memaklumkan fenomena tersebut diramal berlaku jam 3.08 petang pada Jumaat waktu Malaysia.

“Antara tatacara manfaatkan (semakan) kiblat menggunakan kaedah ini termasuk memastikan waktu yang tepat berdasarkan waktu piawai Malaysia.

“Gunakan objek yang diyakini tegak (90 darjah) dan lurus seperti tingkap, pintu dan lain-lain atau benang yang diikat batu pemberat (ladung),” kata jabatan itu menerusi laman Facebooknya pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan arah kiblat dan ia perlu ditanda sebagai rujukan.

“Insya-Allah arah kiblat adalah bermula dari arah jatuhnya bayang tiang ke arah tiang dalam keadaan menghadap matahari.

"Tandakan garis bayang yang terhasil sebagai arah kiblat,” kata kenyataan.