Walau banjir, kenduri tetap ‘on’

Walaupun banjir mereka tetap gembira apabila seluruh ahli keluarga pulang bagi menjayakan majlis itu.
Walaupun banjir mereka tetap gembira apabila seluruh ahli keluarga pulang bagi menjayakan majlis itu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Sebuah keluarga dari Kampung Tersang di sini tetap meneruskan majlis kenduri doa selamat dan tahlil meskipun kawasan rumah mereka sudah ditenggelami banjir ekoran limpahan air Sungai Golok sejak semalam.

Mohd Nizam Ismail, 40, berkata, ia terpaksa diteruskan sebagaimana yang telah dirancang sebelum ini ekoran seluruh ahli keluarga yang berada di perantauan pulang ke kampung bagi menjayakan majlis tersebut.

Sebuah keluarga dari Kampung Tersang dekat sini tetap meneruskan majlis kenduri doa selamat dan tahlil meskipun kawasan rumah mereka sudah ditenggelami banjir sejak semalam.
Sebuah keluarga dari Kampung Tersang dekat sini tetap meneruskan majlis kenduri doa selamat dan tahlil meskipun kawasan rumah mereka sudah ditenggelami banjir sejak semalam.

“Secara jujurnya, kami tidak menjangkakan banjir berlaku lebih awal daripada kebiasaannya.

“Jemputan sudah dibuat, daripada batal lebih baik kami teruskan seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, walaupun banjir dia tetap gembira apabila seluruh ahli keluarga pulang bagi menjayakan majlis itu.

Mohd Nizam (kanan) dan ahli keluarganya membersihkan ulam-ulaman untuk hidangan semasa kenduri.
Mohd Nizam (kanan) dan ahli keluarganya membersihkan ulam-ulaman untuk hidangan semasa kenduri.

Katanya, dia berharap majlis tersebut berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kerja-kerja memasak lauk-pauk untuk kenduri itu berlangsung dalam suasana penuh meriah.

Walaupun kawasan rumah ditenggelami banjir namun ia tidak mematahkan semangat ahli keluarga untuk menyediakan menu istimewa kepada jemputan yang hadir.