Saya dah buat yang terbaik: Emery

EMERY
EMERY
A
A
A

BEKAS pengendali Arsenal, Unai Emery menegaskan dia sudah melakukan yang terbaik ketika 18 bulan membimbing kelab itu sebelum dipecat semalam.

Menurutnya, dia memberikan segalanya yang termampu termasuk komitmen dan kesungguhan ketika menjadi pengendali pasukan itu.

"Saya ingin memberi tahu, bahawa saya bekerja dengan penuh semangat, komitmen dan usaha. Segala yang saya lakukan adalah demi kelab dan memastikan berada di landasan yang betul.

"Saya merasai banyak pengalaman dalam bola sepak tetapi saya gembira dan mempelajari banyak perkara di England termasuk penghormatan dan profesional dalam bola sepak," katanya.

Arsenal secara rasmi memecat Emery juga pengendali kelahiran Sepanyol itu semalam selepas persembahan buruk The Gunners yang gagal mencatatkan kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir termasuk tewas 1-2 kepada Eintracht Frankfurt di Liga Eropah.

Emery yang menggantikan Arsene Wenger pada musim panas tahun lalu sudah mengharungi 78 perlawanan bersama Arsenal dan mencatatkan 43 kemenangan, 16 seri, dan 19 kalah.

Dalam pada itu, Emery turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang selama ini terus memberikan sokongan kepadanya untuk membimbing kelab London Utara itu.

"Satu penghormatan untuk menjadi pengendali Arsenal.Kepada semua penyokong, saya ingin mengucapkan terima kasih dari kerana menerima saya sebahagian daripada kelab ini.

Artikel Berkaitan:

"Kepada penyokong yang menyokong kami dari setiap penjuru dunia, yang datang ke Emirates, yang menunggu di tengah hujan untuk menyambut saya selepas perlawanan. Terima kasih," katanya.

Posisi Emery ketika ini digantikan buat sementara waktu oleh Freddie Ljungberg.