315 mangsa dipindahkan ke 11 PPS di Kelantan

Keadaan arus di Lata Rek, Kuala Krai semalam.
Keadaan arus di Lata Rek, Kuala Krai semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Hujan tanpa henti di beberapa kawasan sejak semalam mengakibatkan kenaikan air di beberapa daerah di Kelantan.

Sehingga jam 9 pagi, melalui portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 315 mangsa dipindahkan ke 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 89 keluarga.

Jumlah tersebut bertambah dari semalam apabila hanya 143 mangsa sahaja dipindahkan dan hanya tiga pusat pemindahan dibuka.

Mangsa melibatkan 104 orang lelaki dewasa, 116 perempuan, 116 kanak-kanak lelaki dan 44 perempuan, tiga bayi lelaki dan dua perempuan serta warga emas 14 orang.

Turut dipindahkan juga 31 orang warga emas dan tiga orang orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, menurut portal rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sehingga jam 9 pagi dua sungai utama iaitu Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai mencatatkan bacaan 31.60 iaitu melebihi paras bahaya 31.

Manakala sungai Semerak di Pasir Puteh pula juga mencatatkan bacaan di paras bahaya iaitu 8.81 (bahaya 8).

Tiga sungai lain pula berada di paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai 21.32 (berjaga-jaga 22), Sungai Kelantan di Kusial 13.34 (12) dan Sungai Golok di Jenob mencatatkan bacaan 21.86 melebihi paras jaga-jaga 21.50.

Artikel Berkaitan: