X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat penunggang motosikal terputus dua

A
A

BAYAN LEPAS - Mayat seorang penunggang motosikal terputus dua dalam kejadian kemalangan yang berlaku di jalan bertingkat di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, menghala Batu Maung, di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa berusia 31 itu menunggang motosikal bersendirian sebelum terbabas ke sebelah kanan jalan dan terpelanting ke tembok pemisah jalan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan berkata, akibat kejadian itu badan mangsa terputus dari paras pinggang ke bawah.

"Mangsa tercampak dari motosikalnya lalu terkena tiang lampu di tembok pemisah jalan sehingga menyebabkan badannya terbelah dua.

"Dia yang datang dari arah Georgetown dalam perjalanan ke Balik Pulau meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.

Anbalagan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!