Jalan Aring-Gua Musang ditutup

Jalan terpaksa ditutup selepas dinaiki air sedalam satu meter. -Foto IPD Hulu Terengganu
Jalan terpaksa ditutup selepas dinaiki air sedalam satu meter. -Foto IPD Hulu Terengganu
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jalan Aring - Gua Musang di Seksyen 54 berhampiran Tasik Kenyir, Hulu Terengganu ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air sedalam satu meter kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, limpahan air berpunca daripada air bukit yang mengalir bersama batu dan lumpur menyebabkan saluran longkang jalan tertutup.

"Longkang penuh mengakibatkan air melimpah ke jalan sepanjang 200 meter dengan kedalaman satu meter.

"Kita belum pasti bila jalan ini akan dibuka semula. Sekarang JKR (Jabatan Kerja Raya) sedang melakukan kerja-kerja pembaikan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu Mohd Adli menasihati pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif bagi menjamin keselamatan masing-masing.

Artikel Berkaitan: