Polis Hong Kong tamatkan kepungan di universiti

Penduduk berkumpul di Edinburgh Place di tengah Hong Kong selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani undang-undang menyokong penunjuk perasaan.
- Foto AFP
Penduduk berkumpul di Edinburgh Place di tengah Hong Kong selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani undang-undang menyokong penunjuk perasaan. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG - Polis Hong Kong hari ini akan menamatkan pengepungan di kampus universiti yang menjadi medan pertempuran dengan penunjuk perasaan prodemokrasi.

Keputusan itu dibuat selepas aktivis berikrar untuk mengadakan perhimpunan baharu susulan tindakan Beijing dan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam menolak konsesi politik meskipun kemenangan besar parti prodemokrasi dalam pilihan raya tempatan minggu lalu.

Forum dalam talian yang digunakan untuk menganjurkan perarakan besar-besaran menggesa penunjuk perasaan berkumpul semalam dan mengadakan rusuhan hari ini dengan menyasarkan mereka yang bergerak ke tempat kerja pada waktu pagi.

"Sekiranya kerajaan Hong Kong mengabaikan pendapat orang ramai, kami akan terus protes di mana-mana sahaja selama lima atau enam hari berturut-turut. Kita perlu menetapkan satu tarikh akhir," menurut forum tersebut.

Panggilan baharu untuk berhimpun itu dilihat bakal mengeruhkan lagi situasi Hong Kong yang mengalami krisis politik sejak hampir enam bulan lalu sehingga menyebabkan wilayah berkenaan terjerumus dalam kemelesetan. - AFP

Artikel Berkaitan: