Tujuh pelampau di Bangladesh dihukum mati

Polis mengiringi ekstremis yang dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah terlibat dalam serangan maut di ibu negara pada 2016. - Foto AFP
Polis mengiringi ekstremis yang dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah terlibat dalam serangan maut di ibu negara pada 2016. - Foto AFP
A
A
A

DHAKA - Mahkamah di Bangladesh menjatuhkan hukuman mati ke atas tujuh ekstremis yang terlibat dalam serangan di sebuah kafe di ibu negara yang meragut 22 nyawa termasuk 18 orang asing pada 2016.

Keputusan itu disampaikan tribunal antikeganasan dan Hakim, Mojibur Rahman menyifatkan pelampau hanya ingin menarik perhatian kumpulan militan Daesh.

"Mereka ingin melemahkan keselamatan awam, mewujudkan anarki dan melahirkan pejuang jihad. Ketujuh-tujuh pesalah akan dihukum gantung sehingga mereka disahkan mati," katanya.

Lelaki kelapan yang didakwa bagaimanapun telah dibebaskan.

Penyiasat polis berkata, serangan tersebut bertujuan menggugat kestabilan negara dengan populasi penduduk seramai 168 juta orang di mana majoritinya adalah Islam dan mengubah ia menjadi sebuah negara militan.

Pada 1 Julai 2016, lima militan menyerang sebuah kafe, menjadikan pengunjung sebagai tebusan dan membunuh mangsa dalam tempoh 12 jam.

Sembilan rakyat Itali, tujuh Jepun, seorang rakyat Amerika Syarikat dan seorang warga India maut dalam serangan ganas itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: