X

Kindly register in order to view this article
!

Rumah Klasik Kuantan imbau kenangan

Idea fotografi di Rumah Klasik Kuantan di Galing ini menarik perhatian netizen sehingga karyanya itu tular di beberapa laman media alternatif
A
A

KUANTAN - Seorang jurugambar tidak menyangka bidikan lensa kameranya dengan tema sekitar 1950-an menjadikan karya itu tular di media sosial.

Mohd Faezrul yang memuat naik gambar berkenaan di Facebooknya mendapat perkongsian ramai di laman sosial terkenal.

Mohd Faezrul Helmi Heesham, 34, berkata, busana model dan latar belakang lokasi Rumah Klasik Kuantan menarik perhatian ramai yang melihat foto berkenaan.

Gambar yang dirakam di ruang dapur
Gambar yang dirakam di ruang dapur

Menurutnya, Rumah Klasik yang terletak di Galing menyimpan ribuan koleksi barangan antik bernilai tinggi.

"Saya mahu membawakan konsep vintage. Saya dan model yang juga klien sepakat mengenakan pakaian yang bertepatan dengan tema Rumah Klasik.

"Saya tidak menyangka idea itu menjadi dan kini tular di media sosial. Rumah Klasik bukan sahaja menempatkan barangan vintage tetapi dekorasinya berjaya mewujudkan semula momen dahulu kala," katanya ketika dihubungi.

Sentuhan Mohd Faezrul yang bijak bermain dengan elemen klasik dan emosi penonton ternyata membawa nostalgia kepada netizen.

Ruang tamu Rumah Klasik yang diabadikan pelanggan Mohd Faezrul
Ruang tamu Rumah Klasik yang diabadikan pelanggan Mohd Faezrul

"Bagi saya Rumah Klasik Kuantan satu destinasi unik dan patut dikunjungi jika ke Kuantan. Inilah lokasi yang boleh memberi kefahaman kepada generasi baharu mengenai kehidupan masyarakat zaman dahulu.

"Rumah ini juga memang menyediakan peluang untuk orang ramai merakam fotografi atau kenangan indah perkahwinan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus