256.8kg mangga dirampas di LTABPP

Pegawai Maqis di LTABPP menunjukkan buah mangga yang dirampas semalam.
Pegawai Maqis di LTABPP menunjukkan buah mangga yang dirampas semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 256.8 kilogram (kg) buah mangga yang cuba dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang (LTABPP) di sini semalam.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata, buah mangga pelbagai varieti itu dibawa masuk oleh penumpang dari negara Indonesia, Australia, Thailand dan India tanpa sebarang dokumen yang sah seperti import permit dan sijil fito sanitasi dari negara pengeksport.

Menurutnya, buah mangga merupakan antara komoditi kawalan pertanian yang berisiko dan dilarang dibawa masuk tanpa dokumen lengkap selain penumpang tidak dibenarkan membawa masuk buah berkenaan di laluan udara.

"Tujuan larangan pengimportan ini adalah bagi menghalang risiko kemasukan serangga perosak seperti kumbang pengorek buah mangga ke Malaysia yang boleh menjejaskan industri mangga negara.

Buah mangga yang rosak dikesan cuba dibawa masuk ke negara ini.
Buah mangga yang rosak dikesan cuba dibawa masuk ke negara ini.

"Antara varieti yang dibawa adalah mangga harumanis dari Indonesia sebanyak 171.2kg, mangga R2e2 (20kg) dari Australia, mangga waterlily dari Thailand (22.8kg) dan mangga golek dari India (42.8kg)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zarina berkata, keseluruhan buah mangga yang dirampas dianggarkan bernilai RM2,251.05.

Katanya, perbuatan mengimport buah mangga tanpa permit yang sah dari Maqis adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Artikel Berkaitan:

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama yang membawa maksimum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," katanya.

Kumbang pengorek buah turut dikesan dalam kotak buah mangga yang dibawa masuk oleh pelancong asing.
Kumbang pengorek buah turut dikesan dalam kotak buah mangga yang dibawa masuk oleh pelancong asing.