Sepanyol rampas kapal selam bawa kokain

Penyelam Sepanyol memeriksa kapal selam yang digunakan untuk mengangkut dadah secara haram di negara itu. - Foto AFP
Penyelam Sepanyol memeriksa kapal selam yang digunakan untuk mengangkut dadah secara haram di negara itu. - Foto AFP
A
A
A

BARCELONA - Pihak berkuasa Sepanyol merampas sebuah kapal selam yang membawa kokain di pantai barat laut wilayah Galicia selepas ia tiba dari Amerika Selatan (AS).

Wakil jurucakap kerajaan pusat di Galicia berkata, dua lelaki Ecuador ditahan di bandar Cangas berhampiran sempadan Portugal sebagai sebahagian daripada operasi Ahad lalu.

"Seorang penyelam berjaya memasuki kapal selam tersebut kelmarin dan mengeluarkan kokain dari dalam," katanya.

Polis juga cuba untuk mengapungkan semula kapal selam itu dan jumlah sebenar dadah tidak dapat ditentukan sehingga pengapungan berjaya dilakukan.

Menurut sumber, kapal tersebut mungkin mengangkut beberapa tan kokain namun ia hanyalah anggaran.

Media Sepanyol melaporkan, kapal itu membawa lebih tiga tan metrik dadah dari Colombia.

"Ini bukan kali pertama tetapi kami tidak berdepan situasi begini setiap hari di Eropah," kata sumber.

Pengedar dadah terutamanya dari Colombia sering ditahan kerana menggunakan kapal selam untuk membawa kokain ke Mexico dan dari sana ke AS.

Artikel Berkaitan:

Penganalisis pertahanan dan geopolitik di sebuah badan pemikir AS, Pusat Keselamatan Maritim Antarabangsa (CIMSEC), Wilder Alejandro Sanchez berkata, kumpulan terbabit biasanya membayar jurutera menganggur yang terdesak mahu mendapatkan wang untuk mereka bentuk dan menghasilkan kapal selam.

Kebanyakannya hanyalah separa tenggelam iaitu kapal yang sebahagiannya tenggelam dan tidak dapat menyelam sepenuhnya seperti kapal selam.

Bagaimanapun, ada di antaranya yang boleh menyelam sehingga 30 meter di bawah air.

"Mereka kini menjadi lebih moden dan kompleks," katanya. - AFP