X

Kindly register in order to view this article
!

DBP disaran wujud Akademi Sasterawan Harapan: Maszlee

Dr Maszlee - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

KUALA LUMPUR - Bagi melahirkan pelapis sasterawan berbakat negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disaran mewujudkan Akademi Sasterawan Harapan untuk membolehkan mereka mendapat bimbingan daripada sasterawan negara.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, akademi itu boleh mengambil pelajar dari peringkat sekolah rendah dan menengah sehingga universiti untuk memperoleh ilmu dan pengalaman daripada seorang ahli dalam bidang itu.

“Kita tahu sasterawan negara datang dan pergi dan ada juga pelbagai program telah dianjurkan namun apa yang saya ingin utarakan adalah mengembalikan tradisi keilmuan iaitu tradisi berguru, bertalaqi, kita ingin membina sasterawan daripada umur cilik lagi,” katanya pada majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) dan Hadiah Sastera Tunas Cipta 2017/2018 di sini hari ini.

Selain itu, Maszlee berkata kementerian akan memastikan sekolah harian kerajaan mewujudkan sudut sasterawan negara mulai tahun depan bagi memupuk kecintaan terhadap ilmu kesusasteraan.

Pada majlis itu, Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar memenangi hadiah berjumlah RM9,500 menerusi dua kategori iaitu buku sastera dewasa bergenre autobiografi ‘Jejak Seni Dari Pentas Bangsawan ke Media Prima Berhad’ dan kategori drama eceran berjudul ‘Pokok’. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus